Lumrah kehidupan.. semuanya akan fikirkan indah belaka sekiranya kita sentiasa tersenyum gembira. Memang seronok mengembirakan hati orang yang tersayang terutamanya kawan-kawan yang sentiasa disisi..Merekalah penghibur hati dikala hati ini terasa kekosongan. Sayangnya tidak dapat dipamerkan oleh kerana keegoan yang tinggi..hanya perbuatan dapat memberi makna sebenar sayang kepada seorang insan bernama kawan........
Lumrah kehidupan..dalam kegembiraan pasti ada kesedihan yang terselit dijiwa. Dalam sayang pasti ada kecemburuan yang datang menghiris hati. Hakikatnya, semua didunia tidak seindah imaginasi yang kita gambarkan. Hasrat hati untuk memuaskan hati semua orang disisi, namun kita kena sedar bahawa tak semua orang akan berpuas hati dengan kita. Walau apapun, hidup mesti diteruskan...perjuangan hidup masih belum selesai...biarlah yang gembira dijadikan kenangan yang paling manis...yang sedih tersimpan disudut hati nun jauh yang tidak akan dikenang lagi.....
Tak semua indah didunia ini
Ketawa tak bermakna gembira
Menangis tak bermakna sedih
Senyum tak bermakna suka
Kadang-kadang dunia ini hanya lakonan
Semata-mata.....
Friday, September 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bravo2..at least u pandai bersastera...even u dak geo..so..nampaknya..M.I u ni seimbangla..cam Gadner ckp..huhu..
ReplyDelete